Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM
Hadirin jumaat rahimakumullah,
Dalam kesempatan yang berbahagia ini, saya berwasiat terutama kepada diri saya sendiri dan juga kepada para jemaah sekalian, agar sentiasa meningkatkan rasa takwa kita kepada Allah SWT, dengan melaksanakan sebenar-benarnya segala perintahNya, dan menjauhi sejauhnya segala laranganNya, agar bila suatu saat nanti menghadap Allah dalam keadaan mukmin dan muslim.
Selain itu, marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rahmat dan hidayahNya kepada kita sekalian, sehingga pada detik ini dapat menunaikan kewajipan yang mulia, iaitu solat Jumaat dalam keadaan sihat walafiat, Alhmdulillah.
Ma’asyiral muslimin rahimakumullah,
Pada hari ini, mimbar ingin menyeru para jemaah sekalian untuk bersama-sama merenungkan khutbah dibawah tajuk yang indah, ‘akhirat diutamakan, dunia tidak dilupakan’..sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas, Ayat 77,
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” (QS Al-Qashash, 28:77)
Dalam ayat ini jelas Allah meletakkan keutamaan akhirat yang utama, namun tidak melupakan bahagian di dunia. Namun apa yang terjadi pada hari ini, dunia diutamakan, akhirat dilupakan, seruan azan 5 kali sehari kekadang diabaikan, projek-projek, kontrak-kontrak, bisnes-bisnes dan kerja-kerja lain lebih diutamakan. Harta-harta ditumpukkan sehingga ‘rumah dan pejabat sentiasa dibaiki, namun keimanan berterusan dirobohkan’, pakaian juga sentiasa diperbaiki, namun keimanan sentiasa dikoyakkan’.
Namun bukan kita menolak dunia, umat islam memang harus bangkit pada hari ini, samada .............
teruskan membaca http://sabahanmuslim.blogspot.com/2010/10/akhirat-diutamakan-dunia-tidak.html
teruskan membaca http://sabahanmuslim.blogspot.com/2010/10/akhirat-diutamakan-dunia-tidak.html
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment