Peristiwa tsunami dan gempa bumi yang melanda Negara Matahari Terbit baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai. Ia bukan sekadar tsunami. Malah dikejutkan pula dengan letupan demi letupan reaktor nuklear.
Letupan ini sekaligus mengakibatkan pembebasan radiasi yang berbahaya ke udara.
Itu ujian yang Allah turunkan di Jepun.
Tsunami itu sekaligus mengingatkan kita pada tsunami yang melanda Acheh beberapa tahun lalu.
Kehancuran, kemusnahan, kematian, kehilangan ahli keluarga, sanak –saudara yang akhirnya membawa kepada tangisan dan kesedihan. Penuh dukacita.
Ya. Siapa tidak sedih? Hilang ibu, hilang ayah, hilang saudara, hilang segala-gala.
Jika kita di tempat mereka, apa mungkin ada lagi secebis SABAR dalam diri kita?
Seorang relawan yang ke Acheh selepas peristiwa itu pernah berkata pada saya, “Anta kalau pergi sana, anta cakap sabar, sabar dan sabar, anta tunggulah kena pukul.”
Hairan pula saya. “Kenapa pula macam tu?”
Ya. Sepatutnya diuji, maka rawatannya tidak lain hanyalah mampu SABAR.
Jawabnya, “Mereka bukan tidak boleh sabar. Tetapi kehilangan sekaligus segala-galanya itu membuatkan mereka jadi begitu sedih. Hilang keluarga, hilang harta benda, hilang kehidupan.”
Itulah jiwa manusia. Akan ada masanya, dia akan kegembiraan dan keseronokan. Namun, ada masanya, dia akan termenung kesedihan dan kegalauan. Bila kebahagiaan datang menjengah jiwa, maka terasa dunia itu begitu luas dan bersinar-sinar serta melambai-lambai padanya. Namun, saat kelukaan, jiwa dilanda masalah, terasa dunia menjadi begitu sempit, gelap.
Saat itu, berapa yang sanggup membayar harga kesabaran? [read more...]
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment