KEM JELAJAH MASJID/SURAU SIRI 1 (KG.KUMAWANAN) 2011

on Saturday, May 14, 2011


Jumaat (Hari pertama)

2.00pm - 6.00pm - Ketibaan peserta mengimarahkan surau dari sekolah Ugama Islam Sabah Tambunan.
6.15pm - “ Kelebihan Hamba Mengimarahkan Rumah Allah s.w.t”
7.00pm - kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustazah Najihah.
8.30pm - Ice breaking bersama kak Aisyah.
- Dalam lce breaking, banyak aktiviti yang dijalankan seperti mencari kumpulan yang telah diberikan  oleh urusetia dengan hanya menggunakan isyarat bunyi iaitu “Berdehem”.
- Aktiviti lain yang turut dijalankan ialah Telefon rosak.Banyak gelagat para peserta dalam menyampaikan mesej hingga ke peserta yang terakhir.
9.05pm - Para peserta menjamu selera bersama-sama dengan ustaz,ustazah dan juga semua urusetia.
9.50pm-Bahtera mimpi (Tidur)


Sabtu ( Hari Kedua )
3.30am - Semua peserta dikejutkan oleh ustaz Idris Nur.
-Selepas sahaja semua peserta dikejutkan,semua peserta menjalankan kiamullail,solat sunat taubat,solat hajat dan diakhiri sengan solat witir.Imam (Ustaz Hatta).
5.54am - Azan Subuh dilaungkan oleh salah seorang peserta dan seterusnya solat subuh secara berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Idris Nur.
- Kuliah subuh disampaikan oleh Imam masjid Al-Farqi Imam Rasni.kuliah yang disampaikan bertajuk “Kelebihan solat berjemaah di masjid”.Dan memperkenalkan asal-usul kg.Kumawanan.
- kuliah subuh diteruskan oleh ustazah Najihah.
6.00am - Kuliah diteruskan lagi dengan tayangan video yang mengisahkan tentang “Hukuman anak-anak yang tidak mendengar nasihat ibu-bapa dan meninggalkan ibadah solat 5 waktu” oleh,Ustazah Najihah dan turut di bantu oleh Ustaz Idris Nur.
6.35am - Program diteruskan lagi dengan menyanyikan lagu tema program iaitu “Tayamum” yang dikendalikan oleh Kak Aisyah.
6.40am - Para peserta diberikan taklimat untuk program seterusnya, “Mari Beramal 1“ di mana para peserta akan bergerak ke tanah perkuburan Islam bagi tujuan membersihkan kawasan tersebut di kg.Kumawanan.
- Semasa dalam perjalanan pergi ke kawasan tanah perkuburan islam kg.Kumawanan,kami terpaksa mengharungi hujan yang sangat lebat. Namun begitu,para peserta kelihatan tetap bersemangat untuk meneruskan program “Mari Beramal 1” yang bertempat di kawasan tanah perkuburan islam kg.Kumawanan.
- Setibanya di kawasan tanah perkuburan,kami menghadapi sedikit masalah dimana kami terpaksa membuat jalan sendiri disebabkan kawasan tersebut telah lama tidak dibersihkan.
- Selain itu,kami juga sukar untuk mengenal pasti kubur yang terdapat di kawasan tersebut kerana tidak mempunyai tanda yang tetap.Namun begitu,kami telah membersihkan beberapa buah kubur yang mana masih dapat dikenal pasti.
- Setelah selesai membersihkan kawasan perkuburan tersebut,kami berkumpul dan membaca surah Al-fatihah untuk di sedekahkan kepada semua penghuni kubur yang terdapat di kawasan tersebut.
- Para peserta ustaz,ustazah dan juga urusetia pun bergerak pulang mengikut jalan pintas.
- Kami meneruskan perjalanan dan tiba di sebuah anak sungai.Di sungai tersebut kami mencuci kaki serta membersihkan badan.
- Selesai sahaja membersihkan badan kami meneruskan perjalanan untuk pergi ke masjid.Semua peserta ustaz,ustazah dan urus setia bergegas mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat dhuha.
- Setelah selesai menunaikan solat sunat dhuha,semua peserta di minta untuk membersihkan kawasan rumah orang-orang kampung.Sesudah menyelesaikan tugas yang di berikan,para peserta bergerak pergi ke masjid Al-Farqi.
12.20pm - Azan zohor dilaungkan oleh adik Mohd.Syahmi Hafiyuddin,kemudian solat zohor secara berjemaah.Program di teruskan lagi dengan aktiviti renungan yang dikendalikan oleh cikgu Suziani.
1.10pm - Para peserta berbaris untuk mengambil makan tengahari dan makan bersama-sama dengan peserta yang lain.Para peserta kelihatan  makan dengan begitu berselera sekali.
1.40pm - Para peserta mula berkumpul untuk meneruskan lagi program LDK2 ,banyak aktiviti yang dijalankan.
- Para peserta di minta membuat moto dan yell untuk di bentangkan di hadapan semua peserta.
- Aktiviti seterusnya, setiap kumpulan diminta membina menara dengan hanya menggunakan alat/bahan yang telah diberikan seperti surat khabar,gunting,dan gam.
- Setelah selesai membuat menara tersebut,setiap kumpulan diminta untuk membentangkan menara yang telah dibina dan kumpulan lain pula diminta untuk menyoal kumpulan yang membentang.
-  Para peserta diuji oleh kak Aisyah dimana para peserta diminta untuk merobohkan menara yang dibina oleh kumpulan lain.
4.00pm - Riadah di padang Sekolah Kebangsaan Kumawanan.Peserta lelaki bermain bola sepak manakala peserta perempuan pula bermain “Goreng Pisang” beramai-ramai.
6.58pm - Ceramah/kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz Hatta Rosli yang bertajuk “Ilmu dan Amal”.Alhamdulillah,ramai penduduk kampung yang datang untuk mengimarahkan masjid dan mendengar ceramah dari ustaz Hatta Rosli.
7.34pm - Alhamdulillah,solat isyak telah selesai dilaksanakan secara berjemaah bersama peserta dan penduduk kampung  Kumawanan.
- Program diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh ustaz Amirul dengan tajuk “Tentang kehidupan Agama”.
9.15pm - Makan malam bersama-sama dengan penduduk kampung Kumawanan.
10.05pm - Selepas sahaja semua penduduk kampung pulang,Para peserta masing-masing mengambil tempat untuk bahtera mimpi.(tidur)
10.10pm - Mesyuarat bersama semua AJK program bagi mendengar masalah dan juga perkongsian dari semua AJK program.

                                                          
Ahad (Hari Ketiga)
5.00am - Dimulakan dengan solat subuh yang diimamkan oleh ustaz Idris Nur. Dalam masa yang sama,kami menghadapi sedikit masalah dimana tiada kuasa elektrik .
- Seterusnya kuliah disampaikan oleh ustaz Azlan yang bertajuk “Menuju destinasi yang kekal”.
6.00am - Semua peserta dibawa ke padang Sekolah Kebangsaan Kumawanan ubtuk membuat riadah pagi.Banyak aktiviti yang dilakukan semasa beriadah.Sebagai contoh,bermain goreng pisang dan situasi.

7.45am - Semua peserta dibawa balik ke masjid .Para peserta diminta berkumpul dan bersedia untuk sarapan pagi sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya.
8.00am - Para peserta diminta untuk membersihkan kawasan masjid dimana para peserta dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan.Nampaknya semua peserta menjalankan tugas dengan baik sambil dibantu oleh beberapa urusetia.
9.00am - Muhasabah diri yang dikendalikan oleh cikgu Suziani yang membincangakan tentang tsunami dan bagaimana ianya berlaku.
10.00am - Refleksi program yang disampaikan oleh ustaz Idris Nur.
10.45am - Majlis penangguhan program yang dirasmikan oleh imam Rasni. Setelah itu,penyampaian sijil penghargaan kepada semua ustaz-ustaz,guru-guru dan para urusetia program.
12.00pm - Solat Zohor.
12.45pm - Semua peserta menjamu selera bersama-sama dengan ustaz,ustazah dan juga urusetia yang terlibat.
1.05pm - Semua peserta program diminta mengemaskan barang masing-masing dan menunggu bas tiba untuk mengambil peserta.
2.00pm - Bas pertama telah pun mula bergerak  untuk bertolak ke sekolah Agama negeri (SAN) Tambunan,dan rumah masing-masing.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© TazkirahGroup All Rights Reserved