Pen Pembaca Al-Quran

on Monday, July 23, 2012

Sempena bulan Ramadan ini pasti ramai umat Islam yang ingin meningkatkan amal ibadat dengan pelbagai cara, antaranya meperbanyakkan membaca Al-Quran. Namun, niat tersebut sering kali terbantut dek kerana tuntutan tugas yang padat.



Walaupun begitu, kita tidak seharusnya memberikan alasan itu untuk menjadi penghalang kita untuk menunaikan ibadat tersebut. Ramai yang tidak menyedari walaupun ketika bekerja mereka masih boleh mendengar , membaca dan sterusnya mempelajari bacaan Al-Quran.

Kini dengan adanya teknologi seperti Pen Pembaca Al-Quran kita mampu mempelajari Al-Quran dengan lebih efektif dan berkesan. Alat teknologi ini amat mudah digunakan dan tidak perlu pengalaman teknik, hanya perlu meletakkan pen pembaca digital pada mana - mana Surah mahupun ayat dan pen secara automatik akan mengeluarkan bacaan.

Iya dilengkapi 30 Juzuk Al-Quran, Muqaddam, Doa Harian, Hadis 40 Qudsi, dan Kamus Komunikasi pelbagai bahasa serta Sahih Al- Bukari.

Anda boleh mendengar bacaan Al-Quran dari Qari Utama Imam Al  Sudais dan Al Hudhaifi. Selain itu, anda boleh memperbaiki bacaan dan mempelajari Muqaddam, doa - doa harian, dan bacaan dalam solat.

Terdapat juga penerangan Tajweed, Asbabul Nuzul dan Tafsiran Jallalain dalam bahasa arab. Selain dapat mendengar alunan bacaan hebat ayat suci Al-Quran secara perlahan, iyanya juga dilengkapi fungsi lain sbagai mp3. Iyanya juga mempunyai terjemahan surah dalam bahasa Melayu, Inggeris, dan Mandarin.

Pen Pembaca Al- Quran menggunakan bateri litium yang boleh dicas semula dan dilengkapi dengan sambungan USB.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© TazkirahGroup All Rights Reserved