Allah SWT
selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan
pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada
pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah
itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
`Wahai
Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah
swt berfirman yang bermaksud.. `Tidak'
Kemudian
Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan
tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah
selesai Jibrail a.s solat, maka Allah
SWT berfirman yang bermaksud:
`Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan
ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai
umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta
serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar
juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu
Aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian
Jibrail as berkata:
`Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. `Ya Jibrail, akan Aku
berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal…'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah
untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT
maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, Setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Terbanglah
malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
`Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ` Kemudian Allah
swt berfirman yang bermaksud. `Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama
3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu
tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan….. .'
Marilah
sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…. Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah
S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah
S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah
S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah
S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah
S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima
waktu).
* Allah
S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga
kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Ilmu yang bermanfaat
ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia
sudah meninggal dunia.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment