Halalkah Ubat Anda?

on Thursday, July 26, 2012


Sangat berguna untuk anda...
Untuk dikongsikan bersama.
Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Assalamualaikum.wrt.wbt..

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti
ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk
ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah
sains yang sering digunakan pada label ubat?



Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan
haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit
babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan
pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini.


Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis
babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi
muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi.

Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan
untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

dan ada pelbagai istilah lagi...

*Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan
babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label
ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang
bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk
ini mengandungi bahan dari babi",
atau label yang menyatakan "The source
of gelatin capsule is porcine
" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".
*** Sumber asal ini dari seorang Pakar Farmasi.. 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© TazkirahGroup All Rights Reserved