Sebuah rumah yang masih berpenghuni yan terletak di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan menghadapi suatu perkara pelik dan menakutkan apabila melihat sejadah mereka sering kali
dilihat terbentang dengan sendirinya.
Berikutan situasi pelik dan menakutkan, tergamam seperti terjumpa dengan makhluk halus
mungkin menyebabkan kita sering menjadi lemah semangat. Perasaan ini juga yang
sedang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di
Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. Kejadian berkenaan disedari bermula apabila penghuni rumah berkenaan tidak pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Menurut Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian
pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya,
Rahimah Mohamed, 49, melipat sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipatnya kembali.
Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
Saya dan isteri mula berasa hairan dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa melipat sejadah berkenaan.
“Tetapi perkara itu sering kali berulang kembali dan
ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku
apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.''
“Perkara ini juga akan berlaku ketika
matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi
kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,”
katanya kepada Sinar Harian.
Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat
berjemaah.
Katanya, lebih mengejutkan lagi apabila di hadapan
sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti
menutup seorang jenazah. Saya terkejut dengan kejadian tersebut lalu bergegas keluar memberitahu isteri. Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.
Sebelum itu, awal pagi dan sehari
sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti
selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk
halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Menurut mereka kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment