Seorang budak
kecil yang dikenali sebagai Tha Sophat menjalani kehidupan yang
menyayat hati. Dia sering menyusu dengan seekor lembu walaupun dianggap pelik
bagi sesetengah pihak. Namun, itulah nasib Tha Sophat.
Kisah ini
memang pelik, tetapi sebagai seorang manusia sudah tentu kita mempunyai rasa
kasihan terhadap sesuatu yang berlaku. Mungkin perasaan tersebut boleh
dilemparkan kepada seorang budak kecil. Seorang datuk di Kemboja menceritakan, cucunya
syka menyusu dengan seekor lembu
sejak orang tuanya pergi keluar negara untuk mencari nafkah. Um Oeung datuk kepada Tha
Sophat mengatakan, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat
mulai menyusu
dengan lembu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusu lalu
dikutnya.
Pertama
kali melihat anak kecil sebegitu menyusu dengan lembu itu,Oeung menarik cucunya
dan melarangnya. Namun lama kelamaan, datuk itu terpaksa pasrah kerana cucunya
tidak ingin berhenti meneruskan tabiatnya. Sophat (nama anak kecil itu menyusu
lembu selama satu atau dua kali sehari. Dia begitu khuatir kerana susu lembu
yang belum diproses tentunya mengandungi bacteria yang boleh menyebabkan
penyakit.
Terasa sedih melihat anak kecil
yang ditinggalkan ibunya. Dia terpaksa menyandarkan rasa manja dan perlukan
kasih sayang daripada seekor lembu. Apakan daya kerana kesempitan hidup, ibunya
terpaksa keluar mencari nafkah. Semoga tiada apa apa yang buruk terjadi kepada
Sophat. Pujian juga harus diberikan kepada lembu tersebut kerana
membiarkan dirinya disusui oleh budak kecil tersebut.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment