Indahnya Menjadi Wanita Solehah

on Wednesday, August 8, 2012





Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Kisah Budak Kecil Menyusu Dengan Lembu

on Thursday, August 2, 2012


Seorang budak kecil yang dikenali sebagai Tha Sophat menjalani kehidupan yang menyayat hati. Dia sering menyusu dengan seekor lembu walaupun dianggap pelik bagi sesetengah pihak. Namun, itulah nasib Tha Sophat.

Kisah ini memang pelik, tetapi sebagai seorang manusia sudah tentu kita mempunyai rasa kasihan terhadap sesuatu yang berlaku. Mungkin perasaan tersebut boleh dilemparkan kepada seorang budak kecil. Seorang datuk di Kemboja menceritakan, cucunya syka menyusu dengan seekor lembu sejak orang tuanya pergi keluar negara untuk mencari nafkah. Um Oeung datuk kepada Tha Sophat mengatakan, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusu lalu dikutnya.

Pertama kali melihat anak kecil sebegitu menyusu dengan lembu itu,Oeung menarik cucunya dan melarangnya. Namun lama kelamaan, datuk itu terpaksa pasrah kerana cucunya tidak ingin berhenti meneruskan tabiatnya. Sophat (nama anak kecil itu menyusu lembu selama satu atau dua kali sehari. Dia begitu khuatir kerana susu lembu yang belum diproses tentunya mengandungi bacteria yang boleh menyebabkan penyakit.

Terasa sedih melihat anak kecil yang ditinggalkan ibunya. Dia terpaksa menyandarkan rasa manja dan perlukan kasih sayang daripada seekor lembu.  Apakan daya kerana kesempitan hidup, ibunya terpaksa keluar mencari nafkah. Semoga tiada apa apa yang buruk terjadi kepada Sophat.  Pujian juga harus diberikan kepada lembu tersebut kerana membiarkan dirinya disusui oleh budak kecil tersebut.

Misteri Makhluk Halus Tumpang Solat

on Tuesday, July 31, 2012

Sebuah rumah yang masih berpenghuni yan terletak di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan menghadapi suatu  perkara pelik dan menakutkan apabila melihat sejadah mereka sering kali dilihat terbentang dengan sendirinya.  



Berikutan situasi pelik dan menakutkan, tergamam seperti terjumpa dengan makhluk halus mungkin menyebabkan kita sering menjadi lemah semangat. Perasaan ini juga yang sedang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. Kejadian berkenaan disedari bermula apabila penghuni rumah berkenaan tidak pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.

Menurut Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, melipat sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipatnya kembali.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
Saya dan isteri mula berasa hairan dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa melipat sejadah berkenaan.

“Tetapi perkara itu sering kali berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.''

“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kain batik lepas terbentang sendiri

Menurut Mohd Amin, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.

Katanya, lebih mengejutkan lagi apabila di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah. Saya terkejut dengan kejadian tersebut lalu bergegas keluar memberitahu isteri. Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.

Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.

Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Menurut mereka kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

Seksaan Meninggalkan Sembahyang

on Sunday, July 29, 2012



ENAM SEKSAAN DI DUNIA

  1. Allah mengurangkan berkat umurnya.
  2. Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia.
  3. Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
  4. Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam.
  5. Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
  6. Allah tidak menerima doanya.

TIGA SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
  1. Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina.
  2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
  3. Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya.

TIGA SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
  1. Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya.
  2. Allah akan menggelapkan kuburnya.
  3. Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat.

TIGA SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
  1. Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat.
  2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan.
  3. Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras.

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUHSekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia).

ZOHOR Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah).

MAGHRIBSekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
ISYAKSekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang





Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Kisah ini berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (bukan nama sebenar) . Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. 

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu bernama Salleh.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung. Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. 

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap -  Siap untuk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah ke bilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, 

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


korang rasa TERKENA? xkan xnak kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
Admin pom terkena jugak macam korang! best apa,hahaha... 
 
© TazkirahGroup All Rights Reserved